Thursday, October 30, 2008

Pagi yang rajin...

Pagi nie, aku jadik rajin..hehe..
Kenape ye?
Kerana bangun pagi-pagi terus bukak laptop dan mengadap assignment Pengurusan media.
Dah 3 hari aku mengadap assigment nie..
Aku memang tak faham pape pon subjek nie..
Lecturer subjek ni teramatlah baik..
Aku tak buat assigment individu so,time jumpe beliau hari tue.. Beliau bagi peluang buat sekali lagi..Terima kasih Che mat..hehe..
Kuliah Che Mat setiap hari Selasa 3.00 pm-6.00pm..Fuh,mencabar jugak lah..
sebab kuliah disambung dengan tutorial..
Mengantuk teramat sangatlah..
Pernah sekali tue, disebabkan mengantuk sangat-sangat, aku keluar kelas dan tido di luar pintu DK K tue kat meja study di situ..
Tetibe terkejut, tengok ada beberapa student mengerumuni aku..hehe..Lawak tol lah dorang nie..Ingat aku sakit ke??
Aku bangun dan meneruskan kuliah yang tertinggal tadi..
Memang terlalu mengantuk...tak dapat nak tahan dah(T_T)

Kali kedua, aku tak sihat time kuliah tue, pening kepala sangat-sangat..Then,aku keluar kejap pegi beli pinaldo kat Farmasi..
Actually, aku sayang kat lecturer yang bernama Che Mat nie..
Assignment kitorang tentang 'Primula Beach Resort' terpilih untuk buat presentation depan panel-panel dari pelbagai industri..
Tapi kami terpaksa tolak disebabkan komitment assigment lain..(Time pergi trip ke Sg.Sedim)
So,kami dapat B+ sahaja...Kalu present dapat A..Rugi kan??
Aku dah pinjam 4 buah buku dari Library PHS 1 dan PHS 2 semata-mata nak memahami subjek ni..
tapi????
Aku still tak faham...Tapi tak pelah..aku akan teruskan perjuangan ini..hehe..
.::. THANKS A LOTS CHE MAT.::.

Wednesday, October 29, 2008

kenape ye?

Aku terfikir sesuatu perkara...(chewah....^_^)
Kenape seseorang itu wujud dalam hidup kite?
Kenape seseorang itu wujud, kemudian hilang dan wujud kembali seterusnye hilang kembali?
Kenape perlu ade pertemuan sekiranye disusuli dengan perpisahan?
dan..
Kenape aku suke die??( 'suke' dalam konteks persahabatan...)

Kisah 1
Aku mula kenal die sejak tingkatan satu di Sekolah Menengah Agama Alfalah..
Kami sekelas time tue..(Form 1 Ibnu Sina -1C)
Kami berkawan baik sejak mula-mula masuk kelas tue..
Die duduk meja depan aku je..
Kemudian bergaduh...
Aku ganas time tue..hehe..Aku tolak meja die dan lari keluar kelas..Sampai habis waktu belajar barulah aku masuk kembali untuk amik beg sekolah aku..Tapi takde,Cousin aku dah tolong kemaskan (^_*)
Seminggu jugak lah kami tak bertegur sape...huh!!sape suruh carik pasal dengan aku???
Sampailah satu hari,die pusing belakang dan bercerita dengan kawan sebelah die,Firdaus..
Die : Ey..mung nok tau dok se cerite?
Firdaus : Mende?
Die : Minggu lepas ade budok kene histeria...

Aku yang terdengar perbualan tue dengan penuh minatnye menyampuk..
' sape kene??' Time tue, aku langsung tak ingat yang aku gaduh dengan die.

Die tengok aku dan menjawab... 'Mung la..sampai tolok meja aku'

Aisey..terkene aku..hehe..Rupanye tue gimik die nak kenekan aku..
Lepas tue, kami pon berbaik lah...Gara-gara cerite 'histeria'nye..
Then, start form 3,perempuan dan lelaki diasingkan.So,aku tak kawan dah dengan die lepas tue..
Sampailah baru-baru nie, kami terjumpe dalam 'friendster'..
kami sama-sama tak sangka yang kami masih ingat each others..hehe..
Aku suke kawan dengan die sebab...

  • Die selalu bagi aku ceramah agama melalui email..Bes sangat ustaz tue(^_^)
  • Die poskan DVD yang mengandungi cerite-cerite terkini..
  • Die tolong aku time laptop aku ade problems..

Tapi..thanks 4 everything..frenzship never end!!

kisah 2

Time birthday die tahun 2006, die turunkan status persahabatan kami.Daripada kawan baik menjadi kawan biase.Die suruh jangan message die dan just jadi kawan biasa padahal kitorang dari Form 1 bersama dan same-same merantau ke Sekolah Teknik Kemaman..Teruk jugak keadaan aku sekitar minggu 'clash' dengan die..
Aku suke berkawan dengan die sebab..

  • Die selalu bersama aku time aku susah atau senang..Time form 2 and 3 kami duk bersebelahan
  • Kami selalu belajar bersama..
  • Kami mempunyai minat yang same..Sukakan kartun 'Dragon Ball, Power Rangers, Naruto', cerite seram dan macam-macam lagi la..
  • Aku selalu lepak kat rumah die bile ade kelas tambahan
  • Mama die yang berikan ubat jerawat time muke aku bermasalah.Agak teruklah..
  • Die yang suruh aku pakai Maxis sebab senang nak berkontek..(Time tue,aku pakai Celcom)
  • Die lah pengkritik tetap aku
  • Walaupun berlainan kelas time kat SMTK,die selalu jugak datang kelas aku..
  • Kami pernah buat perjanjian..'sape kapel dulu kene belanje...'hehe..Agaknye die dah kapel ke??

Kenape perlu ade perpisahan?? Aku teringin nak jupe die balik..Nak tau camne die sekarang..Hari tue, ade terjumpe 'frendster' die..tapi aku x add..tak tau kenape...

.::.TSR, i miz u soo much...Semoga TSR sihat sokmo,sukses duniakhirat .::.

Monday, October 27, 2008

TENSION??

Aku Tension??
Tension sebab terdapat percanggahan antara HATI dan AKAL..
Kenape pulak??
Apabila Hati dan Akal berbicara...

AKAL : Study la Cik Namyz oii..Final dekat dah ni..
HATI : Camne nak study??Takde m0od lagik.....
AKAL : Carik la mo0d...takkan nak tunggu mo0d??
HATI : Camne nak carik?Pegang je buku terus mengantuk..Tapi bile tengok CD xngantuk plak!
AKAL : Amik handset dan message along..

Aku pon ikutlah cakap AKAL..

Then..' WAH HEBAT..NI MEMANG NAK MERASE DAPAT 1 POINTER LEBIH NI. CAKAP JA BERAPI, NAK UBAH KUARGE, UBAH DIRI SENDIRI..TAPI HAMPEH..WELL, TAK PERNAH INSAF DENGAN SEM-SEM LEPAS. XPERNAH AMIK TELADAN UNTUK BUAT YANG TERBAIK'

Wah..pedas + berasap kan?hehe..
Well, aku akan mula study petang ni..jam 2 petang dalam bilik kat blok K07..DONT DISTURB!!hehe..

Oh ye..hari nie, aku main mainan budak kecik..Main buih sabun tue..Aku beli kat pasar payang selepas BAIHA CHE NAWI mengesyorkan kaedah menghilangkan tension dengan berkesan. Actually, tue care die hilangkan tension. So,aku nak jugak cube...(^_*)
Berkesankah??
Aku main dalam toilet..Tak jadi kerja la..Gian nak main lagik..hehe..
Dan time main tue memang tak ingat pape..hehe..
Thanks Cik BAIHA...
Nati balik Kemaman, kite main same-same ek..hehe.
~Aku nak post pic mainan tue..tapi intenet lak low sangat..next time aku post lak..

.::. SEMOGA AKU DIBERIKAN KEMUDAHAN DAN KEFAHAMAN SERTA INGATAN YANG KEKAL...AMINNN .::.

Saturday, October 25, 2008

Macam-macam la..

Salam Syawal (^_*)
Lame betol tak update blog nie..
Bz sensangat ++++ line intenet ntah pape ntah..
Dalam tempoh tak update nie..Macam-macamlah berlaku

  • Malam Exspo Dan Anugerah Penyelidikan

Pada malam itu, semua pelajar dianugerahkan 'award' untuk penyelidikan pasal CSR. Penilaian dibuat berdasarkan poster dan juga assignment. Dan group aku dapat award 'silver'..Alhamdulillah..



  • Trip ke Sungai Sedim Dan Mengkuang Titi

Semua pelajar yang mengambil paper 'pelancongan, persekitaran dan pembangunan komuniti' diwajibkan join trip nie. Bermalam di Sungai Sedim selama 2 malam dan setengah hari di Homestay Mengkuang Titi.





kat Sg.Sedim ni, banyak aktiviti menarik. Paling best 'water rafting'. Aku tak pernah cuba sebelum nie. Memang best la..
'Explorace' pulak memenatkan..Yelah,berlari sana sini sebab nak menang(^_^) Paling mendebarkan terpakse masuk tempat saluran air sungai. Fuh,sejuk!! Terpakse bermandi lumpur..



'Abseiling' pulak paling santai.hehe..Cerun bukit tue tanahnya tak rata..Fuh,bahaya betol lah!!
'Nite walk' pulak berdebar dengan ancaman pacat yang menggelikan!!Eeeeeeee...suke-suke je nak sedut darah orang!!
Naik 'The Tree Top Walk' dapat tengok pokok petai..hehe..
Actually, aku dah pergi Sungai Sedim nie mase first year aritu. Jadi dah tak teruja lah naik 'The Tree Top Walk' nie..


Malam last, malam beramah mesra. Lepas ber 'barbecue' sosej dan ayam, kami bermain games. Siapa salah buat, kene conteng tepung kat muka. Agak malang sekali sebab aku jadik first person yang kene conteng tepung kat muka..hehehee..



Pagi 19 oktober, selepas bersarapan bihun goreng, kami bertolak pergi ke Homestay Mengkuang Titi Kat Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Sampai je kat kampung tue, kami dibawa ke ladang getah. Belajar menoreh..hehe..Selepas tue, tengok pembuaan batik. Agak malang kerana pelukis batik takde(T_T)
So, kitorang pon dibawa ke dewan utama kampung tersebut. Kami disambut dengan alunan muzik cam sambutan pengantin tue..Kemudian tengok dua pahlawan Mengkuang Titi bersilat..



Melawat kilang bahulu dan last sekali melihat rumah yang telah dipilih untuk dijadikan 'homestay'..

Rumah Tokwan memang tradisional lah..Tengok rumah Tokwan teringat rumah Toksedare kat Kuala Berang tue..(Tehsam...miz u!!hehe..)

Selepas tue, BALIK USM!!
Terus kepala teringat semua assignment yang belum siap, Presentation dan tugasan trip nie. Trip nie bukan suke-suke tau..kene siapkan 3 tugasan!!
Aloha....virus 'tension' kembali menyerang......Auucchh..

Tuesday, October 14, 2008

f0od pois0ning???

Petang Ahad aritu, aku makan kat kafe. Pastu, malam tue lepas maghrib perut aku mula sakit dan mula ulang-alik gi toilet. Aku msg Ani nak mitak pinaldo tapi kebetulan die keluar makan time tue.Then, msg Yana. Yana takde tapi Jaa ade pinaldo. Tak lama kemudian Anie pon sampai dengan pinaldonya dan Yana dan Jaa pon datang jugak.(^_^)

Lepas je makan pinaldo tue, keadaan aku tak jugak okey. Makin kerap ke tandas dan mula muntah-muntah. Akhirnya pukul 12 pagi tue, aku tak larat nak ulang alik dah dan aku nak pegi klinik.(Dorang dah ajak dari tadi lagik tapi aku bertegas tak mahu pegi...)

Kami pon pegi dengan kereta rumate Yana iaitu Kak Nurul dan Abg.Mie(kawan kak Nurul)
Sampai kat klinik Aman tue, aku bergegas ke toilet..hehehe..suke benar aku masuk toilet ye..
Then, jupe doktor dan doktor cakap kemungkinan aku keracunan makanan ++ gastrik..
Pastu terus balik USM dan Yana ajak tido bilik die. Aku pon rase tak larat jugak nak panjat tangga balik bilik aku..hehe..
Terkejut aje dari tido pagi tue, aku terus berlari ke toilet lagik. Ingatkan dah okey pas makan ubat tue..

Sampai lah tengah hari, badan aku panas sangat..(doranglah cakap..aku rase biase aje..)
Then, Ani dan Yana buat keputusan nak hantar aku kat Pusat kesihatan.
Pukul 1.30 pm aku pergi ke Pusat Kesihatan dengan kereta Pakcik Ismail selepas gagal contact Pusat Kesihatan.
Kemudian aku di suntik dan ditahan selama 2 jam lebih..
Terkejut aje dari tido, perut aku sakit sangat dan Doktor Nina datang dan suruh nurse bawak biskut dan air milo. Aku sakit sebab gastrik pulak. Ye lah, tak makan pape pon dari pagi tue.
Dalam pukul 4.oo pm tue, aku mintak nak balik sebab rase dah okey..
Doktor Nina benarkan aku balik...aku diberi 7 jenis ubat!! Ya Allah..sabar je la..

Balik tue, terus g MC D..hehe..terase nak makan bubur Mc D pulak..hehehe..

Sekarang perut aku rase tak okey lagik. Still rase pedih-pedih.. Kene berpantanglah nie..tak boleh makan pedas-pedas nie..

~Thanks to Ani dan Yana..Yang banyak jaga aku..Jaa dan Tikah serta Dila yang teman dan melawat aku time kene tahan tue..Kak Nurul dan Abg.Mie yang hantar gi klinik pagi-pagi tue, Pakcik Ismail, Doktor Nina serta nurse-nurse pusat kesihatan..thanks a lots~

Thursday, October 9, 2008

nak post tajuk pe ek??


Tak tau nak post tajuk pe..hehehe..
Hari nie, aku tak sihat lagik(T_T)
Aku selsema..
Bila matahari terbenam je, terus aku tak larat, pening kepala dan hidung tersumbat..
Kirenya malam nie adalah malam ke-2 aku diserang demam secara tiba-tiba..
Dan sekarang dah okey sikit selepas makan ubat.
Esok pagi ade test plak..
Harap-harap aku cepat okey..Pray 4 me yeah(^_^)

~i miZ my family(T_T)

Tuesday, October 7, 2008

Aku tension ker???

Aku tension ker??
Persoalan pertama yang bermain dalam fikiran aku ketika aku berada di hadapan Dr.NorLela..
Tepat jam 2.oo petang tadi, aku bergegas ke Pusat Kesihatan..
Sebab kesakitan yang aku alami makin teruk...
Aku sakit di bahagian dada di sebelah kiri, bahu dan juga leher..(dah 3 hari berturut-turut)
Kadang-kadang sukar untuk bernafas...

Beberapa patah perkataan yang keluar dari bibir Dr.NorLela cukup melegakan aku..
Sebab???
Aku dah terfikir yang bukan-bukan..hehehe..(terfikir tersakit sakit jantung ke..huhuhu..)
Rupenye aku hanya tension dan effect dari gastrik juga..
Alhamdulillah ^_^ ( mintak jauh dari ape yang aku dah terbabas fikir tadi..)

Dr.NorLela juga menyarankan aku lebih giat menambah berat badan serta bersenam selalu (pergi gym)
Aku juga diberi pil vitamin (tambah selera makan)..
So, aku kene lah berkerja keras menambah berat badan..(^_*)

Pesanan Dr.NorLela : Makan banyak dan tak bersenam, perut akan buncit. So, kene seimbangkan pemakanan dan senaman barulah berat badan bertambah dengan cantik..

Dr.NorLela jugak ada bagitau yang aku tak mungkin ada masalah jantung sebab perempuan mempunyai 'agen' yang melindungi jantung. Agen tersebut adalah 'period'. Jadi, 'period' telah membantu perempuan melindungi jantung daripada sebarang masalah..Untung jugak 'period' nie..hehehe..Sebab tue lah, perempuan yang dah 'menopause' kene makan ubat bagi mencegah sakit jantung sama macam Lelaki..

Berbalik kepada persoalan aku tadi..'Aku tension??'
Actually, nie adalah kali kedua aku sakit camni..Kali pertama sebelum raye, Time tue kene submit assignment yang kene buat poster tue..
Dan sekarang sakit nie datang balik..
Jumaat nie kene submit 2 assignment serentak(#_#)
Agak-agaknya aku tengah tension sekarang kot..hehehe..

.::. JAGALAH JANTUNG ANDA DENGAN BAIK .::.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali

  • Makan secara teratur dan seimbang

  • Kekalkan berat badan unggul

  • Tidak merokok

  • Menangani tekanan perasaan

  • Mengawal tekanan darah

  • Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah

  • Mengawasi paras kolesterol

  • Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

  • Mengutamakan kesihatan jantung anda pada setiap masa
~Semoga jantung kite sentiasa sihat walafiat..amin...~

Monday, October 6, 2008

Arwah MakSOm..

Pagi nie, aku keluar breakfast dengan Ja kat kafe Aman..
Borak dengan Mama & husbandnya sambil2 tunggu Mama siapkan makanan yang kami order..
Mama pon bagitau la..

' MakSom dah meninggal..pagi raye aritu....'
Innalillah...(T_T)
Aku sedih sangat...(nangis jugak la....)

Kenape??

Arwah MakSom adalah tauke kafe Damai...Time bayar makanan selalu borak..Kadang-kadang, Arwah mengadu tentang harga barang mahal..
Dan aku selalu jugak bersuara kalau harga makanan aku beli mahal..hehehe...(tue kalu makanan yang aku amik tak setimpal dengan harga laa...)
Arwah jugak tolong survey harga udang time aku handle gerai konvo aritu...
Banyak kenangan bersama Arwah...
Kemungkinan Arwah dah meninggal malam raya aritu kerana pagi raya time nak solat subuh tue, Arwah dah takde..
Kak Ju(pekerja MakSom) bagitau yang arwah penat,tak larat..bukan disebabkan penyakit jantung seperti yang Mama bagitau..

~Semoga arwah tenang di sana dan sama-sama sedekahkan Alfatihah.....~

Kawan-kawan aku gelarkan Arwah 'makcik kesayangan Qema' sebab kat mane-mane aku jupe arwah, aku akan tegur..Arwah dalam kereta pon aku akan lambai...Sedihnye(T_T)

Sunday, October 5, 2008

projek tahun akhir

Projek tahun akhir aku adalah berkaitan dengan Corporate Social Responsibility(CSR)
So kami telah memilih RA ELECTRICAL & TRADING sebagai syarikat kajian kami..
Amat mencabar kerana kami terpaksa keluar dan berkomunikasi dengan badan korporat serta perlu menganalisis aktiviti syarikat mereka..
Selain perlu menyiapkan laporan, kami juga perlu membuat poster berkaitan dengan syarikat tersebut..

POSTER??

Pada mula memang tiada masalah kerana my lovely fren, Laili Nazihan(LNS) telah membantu kami..


~Hasil LNS : kami bersepakat memilih tema hijau pada mulanya..Thanks LNS


Namun begitu, Lecturer kami telah memaklumkan format poster last minute pagi tue..dan telah reject banyak poster yang tidak menepati format beliau..
So, kami pun terpaksa buat poster baru..
My lovely sista pon telah design poster lain dan telah mengajar aku cara nak buat poster gune Adobe Photoshop..
Dah la aku xtau langsung!!( Along start ajar jam 5petang..aku siap buat jam 5 pagi)
Along call aku ..tak cukup care tue, kitorang 'ym'...
~ Thanks MAXIS n YAHOO MESSENGER


Berbekalkan tunjuk ajar sefu Yuenn, terhasil lah poster nie...

~nie adalah poster yang along aku design..Yang aku buat sama aje cume berbeza maklumat dalam poster..(xdapat nak post : ada maklumat sulit syarikat tersebut ^_^)


Thanks To Akak @ Uteh ( rumate Ani yang banyak tolong..) Akak tolong 'resize' kan poster aku..hehehe..( Dah la aku kacau akak pagi 2 buta..maaf ye..)

Alhamdulillah. akhir nya siap jugak final year project....^_^

~Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan poster dan assignment nie..

Dah janji nak belanje Along KFC..hehehe..

Syawal 1428

Rasenye masih belum terlambat untuk aku mengucapkan...
'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'
(raye kan sebulan ^_^)



Get Hari Raya Graphics Here

Mohon maaf seandainya ada terkasar bahasa...Tersilap atau terguris perasaan!!

~Kali nie, kali terakhir kami beraya di Kg. Binjai (T_T)

KG.BINJAI??

  1. Tempat aku lahir..22 tahun stay kat kampung nie..
  2. Tempat terletaknye rumah aku (penghujung kampung nie..)
  3. Tempat aku membesar..
  4. Tempat aku balik setiap kali cuti..
  5. Tempat terletaknya 'Pasar Binjai' yang femes..hehehe..
  6. Tempat yang.......................................................

Aku sayang jugak nak tinggalkan kg. ni..Berjuta-juta kenangan ada kat kg. ni.. Paling penting, kenangan bersama orang-orang tersayang yang dah tinggalkan aku..(T_T) Sayang nak tinggalkan Mok Tok (yang mngajar aku & siblings mengaji AlQuran)..Sayang nak tinggalkan sungai (depan rumah aku..)

Sayang sangat-sangat.....

Tapi apakan daya..aku hanya budok kecik yang tak mampu nak buat pape(T_T)