Sunday, March 30, 2008

study week


Hari-hari ku lalui dengan penuh keboringan!!
Dah 2 hari aku tak keluar bilik..
Asyik duk terperap aje dalam bilik...
Rutin harianku(T_T) -:
  • TidozZZZzzzzzz..
  • Makan..(roti/kerepek/meggie)
  • Tengok Cd..
  • Baring-baring sambil berangan...^_^
  • chatting dengan kwn2..(dorang pon mengalami 'sindrom boring' kat bilik)
  • check Friendster..
  • sms dengan kwn2...(kacau kawan2...hehehehe)

Macamana aku nak teruskan hidup seminggu lagi??
Aku sepatutnya menjadi seperti-:



Study..study..study..study..study..study..study..study..study..study..study..study..study..
Any0ne..
pLiz heLp me....(T_T)

*waiting f0r s0me0ne who can advise me..can make me study...

Saturday, March 29, 2008

Earth HOur USM

USM telah membuat 1 projek yang bername 'Earth Hour'

Usm akan bergelap selama 1 jam pada jam 9.oo - 1o.oo pm..

time nie..aku sedang bergelap..

nyamuk syok bermaharajalela!!

sepatutnye xleh 'On' sume yg gunakan tenaga elektrik..

No Tv..No Lamp..No Laptop..No Radio..

but..

i still use it^_^

i cannot live without my lovely Laptop!!


dapat bertahan 5o minit aje^_^
sori USM..hehehehe..

Friday, March 28, 2008

~makan time ^_^~

Kami keboringan...
sebabnye -:

  1. assignment sume dah submit...dah beres!!

  2. kelas dah habis..(xde kelas dah..)

  3. takde aktiviti menarik...

  4. demam 'final' blum bermula..(xstat study lagi..huhuhu)

dah puas melepak..takde pe lagik nak wat(T_T)

Tetibe dalam keboringan nie..aku 'mengidam' nak makan jemput2x..

so,aku ditemani Anie pegi beli barang2 kat kedai...

  • Bawang 7 biji

  • gandum 1 kg

  • Sos Cili

  • ikan bilis takde(T_T)

Anie soh beli cucur packing yang segera tue...aku wat derk je..hehehehe..kononnye nak makan yang 'fresh' laa..^_^
kami wat projek kat bilik Ja..bilik Ja ade 'Rice cooker'..kami memulakan projek kami....

Hasilnye....


.::.Gandum yang ku beli..tak digune..hehehehe..masak yang 'cucur segera' tue.. .::.


pastu..msg Tikah, soh die mai..
die xleh mai..die nak kuar ngan Aizat..pastu die ajak kami kuar sekali..makan kat 'Seri Idaman'^_^So...kami pon balik dan bersiap2..

hasilnye............-:


.::. mase kami terisi dengan aktiviti yang mengenyangkan perut ^_^ .::.




Thursday, March 27, 2008

~kebenaran satu kepastian~

ALLAH SWT TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA

Kita kecewa apabila pilihan hati melupakan kita. Kita berdukacita kerana tidak berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pendek kata, kita merasa hampa apabila sesuatu yang kita kejar tidak kesampaian.
Setiap keputusan yang berlaku ke atas diri kita merupakan ketentuan atau qada’ dan qadar Allah kepada kita, baik yang seiring dengan kemahuan kita mahupun tidak adalah rahmat daripadaNya.
Allah SWT berfirman mafhumnya ".... dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik dari kamu; sedang ia melarat kepada kamu. Dan Allah mengetahui tapi kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 216)
Pengetahuan kita tentang baik atau buruk sesuatu yang kita kejari itu jauh lebih cetek berbanding dengan pengetahuan Allah SWT kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Kesemua pilihan atau ketetapanNya untuk setiap hamba seperti kita adalah yang terbaik dan paling tepat. Rahmat dan pemberian Allah kepada para hambaNya datang dalam bentuk dan gambaran yang berbeza-beza. Adakalanya ia terhidang dalam bentuk kebaikan, iaitu ketetapan-ketetapan yang sealiran dengan apa yang dihasratkan oleh hamba-hambaNya.
Adakalanya juga ia terhidang dalam bentuk keburukan, iaitu ketetapan-ketetapan yang bertentangan dengan apa yang dicita-citakan oleh hambaNya.
Al-Imam Ibnu Athaillah Assakandary ada berkata yang membawa maksud ;"Apabila Allah memberi kepadamu, nescaya Dia saksikan kepadamu kebaikanNya. Dan apabila Dia menolakmu, nescaya Dia saksikan kepadamu kekuasaanNya. Maka Dia di dalam semua itu memperkenankan dan menghadapkan kepadamu dengan sifat kehalusanNya kepadamu."
Jangan sesekali kita merasa ragu-ragu atau sangsi dengan kebaikan dan ketetapan Allah ke atas kita. Selagi kita bergelar mukmin selama itulah kita tidak perlu kecewa walaupun ketetapan yang menimpa kita tidak sepertimana yang kita jangkakan kerana ketetapan yang datang daripada Allah SWT itu adalah untuk kebaikan kita.
Rasulullah SAW yang mafhumnya ;" Demi zat yang diriku ada ditanganNya tiadalah Allah menentukan sesuatu keputusan kepada hambaNya yang mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya...." (Muslim)Golongan mukmin seperti kita wajib menyambut qada’ dan qadar Allah SWT dengan dada yang terbuka.
Pilihan-pilihan Allah SWT untuk para hambaNya, adalah yang terbaik kerana Dia Maha Mengetahui. Allah SWT yang Maha Penyayang tidak akan sesekali menganiayai para hambaNya, malah ketetapan-ketetapanNya ke atas kita adalah untuk memastikan kita semua beroleh kebaikan sama ada di dunia mahupun di akhirat jangan ada keraguan lagi dalam hati kita, seolah-olah yang lain dari ketentuanNya itu lebih baik dan lebih sempurna. Tiada ketentuan yang akan membinasakan hambaNya kecuali ke atas mereka yang tidak mengingatiNya. Terimalah dan peliharalah ketentuan Allah dengan baik, sama ada dari segi rezeki, jodoh dan seumpamanya.Jika ketentuan itu selari dengan apa yang kita cita-citakan maka panjatkanlah kesyukuran kepadaNya. Jika ketentuan itu bercanggah dengan hasrat kita sambutlah ketentuan itu dengan hati yang terbuka kerana mengikut ilmuNya, ketentuan tersebutlah yang terbaik untuk kita walaupun bertentangan dengan kemahuan kita yang asal.
Apabila kita menerima ketetapan-ketetapan Allah dengan penuh ikhlas maka akan terpadam rasa kekecewaan dan keresahan. Kegagalan tidak lagi kita rasa sebagai kegagalan. Kesusahan tidak lagi dirasai sebagai kesusahan.Apa sahaja ketetapan Allah SWT ke atas kita umat Islam, sama ada ia seiring dengan kemahuan kita atau sebaliknya, kesemuanya untuk kebaikan kita. Walau setiap sesuatu yang tidak kita perolehi itu digantikan Allah SWT dengan yang lebih baik daripada apa yang kita inginkan. Walau apapun, percayalah dan yakinilah bahawa Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita berdasarkan ilmu dan kebijaksanaanNya.

Amin...





*Post psl nie..untuk tambahkan kekuatan!!-copy paste aje..hehehe..(bekalan hari esok..^_^)

Wednesday, March 26, 2008

job interview

petang tadi..
aku adalah orang terakhir yang di interview..(job interview-paper LSP401)
sebanyak 10% akan dinilai daripada interview tersebut..
Takut jugak...
Alhamdulillah....dapat jawab^_^
cume lidah aku tergeliat nak sebut 'opportunity' tadi..hehehehe..
hilang la markah aku kat situ...
Actually tak sangka lak kene hari nie..
aku hantar resume dan cover letter last sekali..
last-last teacher panggil name ikut susunan resume yang dihantar!!
tapi..lega laa..dah beres hari nie..
Assignment PR pon dah print tadi..
yg tinggal hanya part power point tue je..
tak sabar nak pizen sok!!
nak bereskan sume^_^
pastu..just struggle 4 final je..

Tuesday, March 25, 2008

struggle 4 last assignment...

seawal jam 9.30 pagi tadi...
aku dah terpacak kat kafe^_^
utuk siapkan assignment terakhir kami..'PUBLIC RELATIONS'
Actually..discuss stat jam 10.ooam..
pastu,gi breakfast kat kafe Aman..
makan 2 bijik roti canai + teh tarik...^_^
habis discuss 3.40pm...
tol2 struggle...
alhamdulillah...siap jugak!!
skarang nak fokus pada slide show(power point)...
utuk presentation pada 27 hb nie...



*sorang lagi gi toilet..hehehehe..

Monday, March 24, 2008

semakin tenang..^_^

Alhamdulillah....
hati semakin tenang^_^

petang tadi aku dah submit satu lagi assignment yang benar-benar mencabar(sume asegment mencabar..huhuhuhu)

bangun pagi-pagi,terus bersiap nak gi library...
kelam kabut masuk library...hehehehe..
hidupku macam tak lengkap kalu tak kelam kabut..^_^

nak siapkan jugak dan nak carik jugak undang-undang Mesia dan undang2 antarabangsa..

Bakal abang iparku..(cecece..hehehehe...)turut membantu dalam menyiapkan asegment ni..

maklumlah..die kan Polis..lebih pakar bab2 undang2 nie..

Jam 3 ptg..aku siap dan terus hantar ke Skool.. alhamdulillah..

pastu gie DUP amik slip exam..

aduh....

Final semakin hampir!!

Malam lak,ade discussion untuk assignment terakhir...

tak sabar nak habiskan dengan cepat!!

Kali nie, nak post picture yang diambil dalam mimpi aku semalam...hehehehe
dalam mimpi tue, aku jadi 'cover girl' untuk mjlah 'Style'..hehehehe..



^_^..hehehehe..dalam mimpi aje...

Sunday, March 23, 2008

saudara dari Acheh^_^

Pagi tadi bangun terus pegi Tasik..
nak jumpa dengan satu keluarga dari Acheh..(umi dan abi dan kak dora)



*Ummi dan Abi serta cucu mereka..Israqi, 3 tahun,anak Kak Dora

*keluarga Abi dan Ummi...Kak Dora bertudung putih

*sentiase tersenyum..Ummi dan Abi



Actually,kami kenal family Abi nie time joging time aritu..
tak sangka lak ada perjumpaan kedua^_^
esok Abi dan Ummi nak balik Aceh..
time joging aritu, jus borak2x sahaja..
mereka banyak menceritakan peristiwa Tsunami yg berlaku kat Acheh..
Tsunami yg memusnahkan 1 Banda Acheh..
time mendengar cerita mereka...
aku menjadi sangat takut dan asyik terfikirkan perkara tue..
Antara yang diceritakan oleh mereka..
  1. Perempuan yang memakai tudung tetapi tidak menutupi dada, mati dalam keadaan yang mengaibkan..(dalam keadaan baju terselak..tanpa pakaian..)

  2. Perempuan yang betul-betul menjaga aurat..meninggal dalam keadaan baik(masih bertudung dan bertelekung, berpakaian penuh langsung tidak terselak,posisi mayat dalam keadaan meniarap)

  3. Ombak yang mengganas amat panas dan hitam warnanya..

  4. Yang terselamat adalah yang benar2 menjaga kepentingan agama..(Chinese yang terselamat telah memeluk Islam setelah terselamat berada dalam masjid)

Ummi dan Abi terselamat..mereka sempat berpaut pada pokok..Kak Dora pula ketika itu berada amat jauh dari kawasan pantai...Tsunami telah memusnahkan Banda Acheh,oleh sebab tue..kerajaan Acheh menghantar ramai anak muda belajar ke luar termasuklah di Mesia..(Kak dora dan suami penuntut di USM) untuk membangunkan kembali Banda Acheh..

Di akhir perbualan kami..Abi bersuara..'harap-harap bisa jadi saudara'...tersenyum kami!!'insya'Allah'..

Aku ada seorang sahabat dari Acheh..namanya Dita(bakal arkitek).Dita amat menjaga auratnya..basuh baju bertudung, menggosok baju bertudung,gosok gigi bertudung...melihat Dita aku menjadi insaf..wanita Islam perlu menuntup aurat dengan lelaki dan juga dengan wanita bukan Islam...

tapi aku????

Doa untuk diri sendiri....


Ya ALLAH..
Tuhan yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib,
Jika Engkau Mengetahui bahawa pilihan ini baik bagiku, buat agamaku,
penghidupanku dan hari kemudianku,
Maka berikanlah dia kepadaku dan mudahkanlah dia bagiku,
Kemudian berkatilah dia kepadaku...
Amin Ya Rabbi Alamin..

Saturday, March 22, 2008

c0mplicated!!



COMPLICATED!!


Hari-hari yang begitu sukar!!


perlu banyak berfikir....


hish..dah jadi tak normal(T_T)


susah nak tido...(T_T)


assignment PR dan Law nie..betul-betul menguji katabahan...




  • Time wat assignment PR- selalu aje bercanggah pendapat antara ahli grup


  • Time wat assigment Law-(individu)kesukaran mendapatkan bahan,kajian kes,bukti yg sahih..sampai hari nie,tak jumpa lagi pasal 'international law' secara detail..

Ya ALLAH..permudahkanlah urusan hambaMu yang lemah ini..




'Ya Allah..permudahkan lah proses pembelajaranku..'

Final semakin hampir!!

assignment tak siap2 lagi..

tensennye!!!

stat final 7 April - 18 April 2oo8

Thursday, March 20, 2008

Salam Maulidur Rasul

hari nie..12 Rabiul Awal tahun Hijrah iaitu Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W


sambutan Maulidur Rasul ade dibuat di Masjid USM..

tapi tak tau jam berapa..semalam dah cari poster pasal sambutan nie..

tapi tak jumpe pon..

sejak masuk U nie..tak penah lagi aku join..sebab????

  • kekurangan publisiti mengenai sambutan nie(T_T)

melainkan zaman sekolah dulu..kami akan berjalan kaki sambil berselawat menuju ke Masjid berdekatan..^_^

hari nie jugak..burfday Dr.Sundramoorthy!!aku dah send email tadi^_^

**************************************DAN*******************************************

Semalam 2 orang kawan lama menghubungi aku..kawan PLKN dan kawan sek.rendah..

salah seorangnye sedang mengalami masalah 'putus cinta'..

spesel girlfriend nye dah berubah hati..sedih betul dengar luahannya(T_T)

semoga aku dijauhkan daripada keadaan begitu..

  • 'Love Is Crazy Thing'
  • 'Cinta Ilahi kekal abadi'

*Doa untuk semua sahabat-sahabatku^_^

Ya Allah panjangkanlah umur sahabatku,

Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,

Terangi hatinya dengan nur pancaran iman,

Tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,

Jauhkanlah hatinya pada kejahatan,

Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat,

Ya Muhaimin jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu..

Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu,

Jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu,

Ya Allah, Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalanMu ,

Jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu..

Ya Allah kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..
*aminnnn..^_ ^

Wednesday, March 19, 2008

Love is craZy Thing..

zwani.com myspace graphic comments
Myspace I Love You Comments



what is love??

~love is craZy thing!!

yes..thats all..'love is crazy thing'

Saturday, March 15, 2008

joging time!!

Aku bangun awal-awal pagi dan terus pegi joging kat Tasik^_^
Dapat r0und 3x Tasik tue..hehehehe..
Selebihnye duduk lepak-lepak kat Kafe Aman sambil makan nasik lemak + teh tarik^_^



0h ye..aku ditemani oleh Ja dan Liyana..

*SEMOGA NAMYZ YUSMA sentiase sehat^_^*

Thursday, March 13, 2008

mengamiT memori...

'KITA TAK PERLU MENCARI SESEORANG YANG SEMPURNA UNTUK MENJADI TEMAN SEJATI, CUKUPLAH MEMPUNYAI SEORANG TEMAN YANG MENJADIKAN KITA SEMPURNA APABILA BERSAMANYA'

~Actually, bile cakap pasal 'FRIENDSHIP' nie...mesti aku teringat kat besprend zaman skull..(T_T)

SEK.KEB.BINJAI(1993-1998)
~Baik dengan ENA..dari darjah 1-6 sekelas..
~AILIN,AIN SJ,HAZIRAH,FATIHAH

SEK.MEN.AGAMA.ALFALAH(1999-2001)
~kamching dengan TUN SARA ROSLIANA start Form 1
Even die adalah last person yang aku tegur dalam kelas 1C..
Sekelas dengan die selama 3 tahun kat ALFALAH..
6 JUN 2006 jadik sejarah.....(T_T)watever,miz u soooo much!!
~NUR AFIQAH ABU BAKAR@FIQ-rapat sensangat time Form 2..
selalu pegi Library Kemaman sesame setiap hari Isnin&Selase
kelaka gak kalu ingat..start kenal FIQ form 2 tapi..
time form 1, aku pernah pinjam kerusi die..janji nak pulangkan
waktu rehat..tapi x pon^_^
pastu FIQ datang kelas nak ambik balik kerusi..aku sembunyi..hehehehe..
Actually, thanks sgt2x..kalo tak pinjam kerusi die..sure tak dapat exam ari2..
~menjadi 1 kroni dengan ZAIHA SHAFAWATI, SALEHAH NOOR, NORSHAFAWATI
~rapat jugak dengan CHEKU NORIDAYU,WAN ROBAAH,

SEK.MEN.TEKNIK.KEMAMAN
~Berhijrah ke aliran teknikal^_^
amik Civil Engineering..
Rapat dengan NORHUZAIMA, LAILI NAZIHAH, TUAN ROSLINA, NORANIZA
NORASIDA, NURHANIFAH, NORASIKIN, SITI AISHAH..

SEK.MEN.CHUKAI
~sambung study ke Form 6 selepas family agak tidak bersetuju aku ke Politeknik
reason my family..'Form 6 senang nak masuk U'..
aku sensorang la pegi ke sekolah ni sedangkan LAILI&CKEY(MATRIK)-TUN SARA(KUITHO)
ASIDA&NIZA(UITM)-ASIKIN&AISHAH(POLITEKNIK) dan EMMA(SIS)
takde kawan(T_T)..duduk belakang sekali dalam kelas tue(T_T)
majoriti budak-budak kelas tue dah kenal sesame mereka & sekelas dari Form 1 lagik..
so,dorang dah ade kawan-kawan sendiri..
sehinggalah...aku mula mengenali SHAHAIDA-MARLISAH-NURHAYATI..dan kami menjadi klik
rapat^_^..kemana sahaja bersama^_^
pastu masuk hostel, dapat sebelah bilik dengan SHAHAIDA..rapat jugak dengan BAIHA-FASILA

*Alhamdulillah..kami ber4 dapat melanjutkan pelajaran ke U...
NURHAYATI kat UPSI dan SHAHAIDA&MARLISAH kat UUM(besnye dorang..skarang duk sebilik!!)


Nie kawan-kawan dari tahun 1993-2008



.::.SEMOGA PERSAHABATAN KAMI BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT.::.

Tuesday, March 11, 2008

say NO to sexual harassment!!

Sexual Harassment??
~ menurut Kod Amalan Gangguan Seksual- gangguan seksual bermaksud sebarang tingkahlaku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai suatu gangguan sama ada lisan, bukan lisan, visual psikologi atau fizikal

~Actually kat Mesia ni..takde undang spesifik pasal 'Sexual Harassment' nie..
Pelbagai pihak berusaha mitak Kabinet untuk gubal undang2 spesifik..
Tapi sampai sekarang tak dapat...(T_T)

~Graf menunjukkan mangsa dan pemangsa(hehehe..)'Sexual Harassment'


~biasanya Wanita lah golongan mangsa..Lelaki ader gak tapi sikit la..
biasalah..perempuan!!Faktor paras rupa-dressing..

~kalo jadik mangsa nak wat camne??
1)Rekod semua butiran tentang kejadian tersebut
-bila, di mana, bagaimana berlaku(bentuk gangguan)
2)Lapor pada majikan atau pihak pengurusan..
kalo majikan tak amik sebarang tindakan @ majikan tue adalah pemangsa..
segeralah mitak bantuan daripada-:
i)JABATAN BURUH
ii)Laporan Polis
iii)Ambil tindakan mahkamah terhadap penganggu/majikan

Sebarang pertanyaan mengenai 'Sexual Harassment boleh lah hubungi Pusat Kesedaran Wanita(WCC)

..::..SO,SAY NO to SEXUAL HARASSMENT!!..::..



*ni yang patut WANITA lakukan!!
Berani bertindak!!
Jangan biarkan diri terus menjadi mangsa!!
Jangan takut dan malu..
Selagi kite di pihak yang benar,ALLAH sentiase bersame kite!!!


NAPE post pasal 'SEXUAL HARASSMENT'??
~Actually tadi ada special kuliah pasal mende nie..^_^
~Tajuk assignment untuk paper Undang2 DR.N..hehehehe..submit 24 Mac nie..

haa..nak share 1 pic yang agak kelaka laa..


**Moral Values-:
Tak payah buat laa hiasan 'pelik' cam gitu!!
Bukan cantik pon!!huhuhuuu..

Monday, March 10, 2008

mc..Oh mc..

**PAGI**
~tak dapat pegi kelas..sakit perut + pedih sket..gastrik la tue..
~jadik kene dapatkan mc untuk DR.N..
kalo tak...nati kene potong 1 markah time final exam (T_T)
setiap kali xhadir tutorial akan ditolak 1 markah..
~tadi dah mitak tolong Anie bagitau DR.N sebab aku x pegi kelas...
Tp....DR.N jawab..'suruh die jumpe saye'

**PETANG**
~so,aku pon pegi la kt PK(Pusat Kesihatan) lepas habis kelas Public Relations..
dari jam 3 sampai lah 5.00 petang...
Fuh,ikutkan hati nak balik je....
Tp...
kerana mc...terpakse la tunggu...

kerana Mc jugak laa..
aku dapat 6 jenis ubat(T_T)
ubat lagik!!
menambahkan koleksi ubat Gastrik..^_^

Actually..nie kali kedua aku xpegi tutor DR.N..
Hari tue sebab senggugut...
Nasib baik dpt mc...


Begitulah kepentingan MC..^_^

Saturday, March 8, 2008

~seLamaT menGundi MaLaysiA~

hari nie-:
8 MAC 2008

~tarikh keramat bagi Malaysia..hehehehe..
hari nie hari pilihanraya umum..

'marilah..mari..'
'pergi mengundi..'
'tunaikan kewajipan pd negara'..
*lagu Tv1 ^_^

Undi?
nape penting?
~sebab kite mempunyai hak!!
hak untuk tentukan siapa pemimpin kite..

Kite perlu pilih pemimpin yang adil..yang betul..
tue adalah tanggungjawab kite sebagai umat Islam!!

aku tak balik mengundi pon!!
dah layak mengundi pon..
malas la balik..
banyak kene submit assignment!!

Friday, March 7, 2008

FINALLY..

Finally jam 8.00 pagi..NAMYZ menghantar assignment 'Crime & Criminal Behaviour'
setelah berpenat lelah..hehehehe..
Actually dah siap petang semalam..
tapi..cam konfius samada 'Commercial Crime' & 'Cyber Crime' same ke tak..

Last-last..tanye la DR.SIVA..
jawapan yang menyebabkan aku terpaksa 'mengEDIT' assignment ku yang sudah siap!!

Printer ku xde ink..xdapat nak beli ink..akibat 'kepokaian'..(T_T)
Jadi terpaksa la print kat kedai luar..
Mulanya janji nak pegi sama-sama dengan Ja..
tapi Ja tak sempat siap..

so, i decide nak pegi sorang-sorang Sungai 2..(hish..sure ke??)
tak jadi..TAKUT!!
hehehehe..then, i call Iza..dan mitak die temankan i..
Alhamdulillah..Iza setuju..

Sampai je kat Sungai 2..
terkejut kami!!
banyak Cc tutup!!( Actually Cc yang tawarkan khidmat print yg murah-seposen 1 page)
so...terpaksa la pegi print kat 20sen = 1page..
banyak kene print tau..
5 jurnal ( satu jurnal dalam 30 pages..)

xpe la..
tue cite semalam..hehehehe..
Yang penting assigment dah hantar!!^_^ hepinye.....

Monday, March 3, 2008

.:. badLuck .:.

*PAGI
-i ade presentation untuk paper Undang2x hari ni..
semalam dan pagi tadi dah prepare betul2x..
almaklum laa..lecturer paper ni agak skema + cerewet skit(sori DR.N..^_^)
jadi ader 2 group yg akan pizen hari nie..
Kumpulan i pizen last sekali..

lepas group 1 bentang. terus DR.N marah2x..
sebab boy dalam group tue cam xprepare pape pon untuk pizen..
(just bawak diri dan bace je..)
DR.N pon marah2x dan terus bagi group tue 0/10 = ZERO!!

then, group i pon pizen la..
~me,Hanie,Iza dan 2 org budak first year( Adnan & Linda)
bermula dengan Adnan..Adnan pizen pasal 'UPAH'..cam nak berdebat^_^
DR.N marah2x gak sebab Adnan x masukkan AKTA..
pastu DR.N kami pon terus bagi ZERO gak untuk grup i..(T_T)

adil x?
time 2 baru sorang yg pizen..yg lain tak sempat pizen pon!!
pas bagi ZERO tue, DR.N still suruh kami teruskan presentation..
time 2 cam nak nangis je kat depan tue..

memang la isi Adnan tak okey..
tapi DR.N kene laa tunggu semua pizen dulu..
baru lah adil..
DR.N bagitau yg die kene adil dengan group 1 lagik..

Mane aci!!

group kami jadik mangsa 'keadilan'??

takde mood daa..

Saturday, March 1, 2008

jOurnEy tO bAyaN LepAs

hari aku dan kwn yang 1 grup paper 'Sosiologi Politik' akan membuat satu penyelidikan di di Bayan Lepas...^_^ (cam saintis lak..)
Actually kami wat survey untuk assignment kami..
Tajuk assignment kami-:
' Pola Pengundian Pilihan Raya'
~kami nak wat kajian..nak tahu samada responden memilih faktor Parti atau Calon itu sendiri atau Ganjaran atau Agama untuk menjadi pemimpin mereka...
Rata-rata memilih Parti..

3 KG yang dipilih untuk tujuan tersebut-:
(A)KG.Permatang Damar Laut
(B)Kg.Binjai
(C)Kg.Seronok

Disitu la Bayan Lepas

Kami berkumpul di Kafe Aman untuk breakfast..aku makan nasik lemak^_^

~JournEy~
9:38 Am
~naik bus Milan..
ingat nak naik bus Rapid..tapi xde la plak(T_T)

10:15 AM
~Tiba di Kg.Permatang Damar Laut
Berpecah kepada 2 grup(Ma-Ja-Iza)&(Hani-Tikah-Liyana)

12.00 PM
~Berjalan kaki ke Kg.Binjai..
fuh..namekan journey!!even sebelah kg je..berbatu-batu jugak kami jalan(T_T)
merentasi Airport Bayan Lepas..(tempat aeroplane mendarat)
setiba di Kg.Binjai..kami lunch dulu..
sempat jugak interview pakcik2&abang2 kat kedai makan tue..

12.50 PM
~berhenti solat di masjid
~ada pak imam tanya kami dari mana..
kami pon cerita la dari A-Z..
Pakcik Imam cam berminat dengan topik kami..
tapi...bila disuruh menjawab borang soal selidik..
Pakcik Imam terus lari sambil tersenyum...

1.50 PM
~mula bergerak meneruskan perjalanan..
singgah kat rumah Pakcik Teksi ni..
sambil-sambil interview..berborak sakan..
last-last..dapat buah mangga 6 bijik)sorang satu..huhuhu..)
Pakcik tue sempat nasihatkan kami...
'belajar rajin2..jgn hampakan harapan mak&ayah'
~meneruskan pencarian responden...
singgah kat Flat..penghuni Flat tersebut langsung xnak bagi kerjasama..
'akak sibuk la dik..' & 'xde masa...'
tapi dapat gak responden yang baik....
pastu..dah rase xlarat sangat..+ pulak hari nak hujan..
kami pun decide nak balik...

3:15 PM
~kami bertolak balik..akhirnya dapat naik bus Rapid ^_^

4:25 PM
~kami sampai di USM (gate Bukit Gambir) singgah kejap kat TOT(Temasya Olahraga
Tahunan)

Actually sasaraan responden kami 50 orang..tapi sempat 30 orang lebih sahaja(T_T)
letih + penat + xlarat..
sepatutnya 3 kg tapi kami pegi 2 kg aje...

~POSING TIME~
internet xok la plak..huhuhu..