Sunday, August 31, 2008

Ramadhan tiba lagik..(^_^)

Alhamdulillah..aku bersyukur sangat2 kerana dapat menjalani ibadah puasa untuk kali ke 15 (start puasa time darjah 1..hehehe..pernah dapat hadiah 'stoking' dari guru kelas sebab puase penuh..hehehe..) dan nie merupakan tahun ke-3 + tahun terakhir aku berpuasa di pulau mutiara nie...
Alhamdulillah, aku dan kawan2 dapat berterawih bersama-sama pada hari nie(^_^)
hem...dari petang tadi mule terfikir...nak sahur ape ek??
  1. Nasik berlauk(kafe bukak sampai 3.oo am)
  2. Roti (dah beli dah petang tadi..)

Tengok lah..kalu rajin turun kafe, dapatlah makan nasik(^_^)

Tertarik dengan 'sms' yang dikirim oleh seorang sahabat..

'Rasulullah S.A.W bersabda "sesiapa yang SENANG dengan ketibaan Ramadhan, maka jasadnya diharamkan ALLAH daripada api neraka"


*semoga ibadah kite diberkati dan diredhai..amin..

Wednesday, August 27, 2008

j0urney tO uSm

Selepas bercuti dalam masa seminggu ( Actually stay kat umah 2 hari je..)
Akhirnya tiba masa untuk pulang kembali ke Penang..
Pada Ahad 24 hb tepat jam 10.oo am - Aku, Tikah dan Anie menaiki bus bergerak ke Kuala Terengganu. Kami akan berhenti di Dungun dan seterusnya bertolak ke Penang dengan menaiki kereta...

TIBA_TIBA..

Aizat call Tikah bagitau kereta tak siap lagik Upgrade..SO, terpakse postpone balik esok..
Anie pon ajak singgah kat Rantau Abang..

Petang tue plak, singgah kat Taman Tamadun Islam : Masjid Kristal

Akhirnya,aku dapat jugak menjejakkan kaki di sana...

~Time nie, sedang berlangsungnya Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke-50

~Aku, Anie n Tikah


Seperti yang dirancang..
kami bertolak dari Manir tepat jam 1.oo am
Journey yang santai...
Paling best dapat lihat permandangan(^_^)

~Lautan kabus...kat puncak Grik

~Pagi di Grik

~indah ciptaan Ilahi..

~Akhirnya..sampai di USM jam 12.oo tgahari...Alhamdulillah...

Projek Assignment Pengurusan Media

Setelah selesai sahaja upacara penutupan 'gerai konvo', kami bertolak balik pada 18 Ogos pada jam 5.00 pagi..
Sampai kat Trg, stay umah Yana untuk settle assignment yang di buat kat PRIMULA HOTEL BEACH RESORT..
Alhamdulillah, kami dapat deal dengan pekerja PRIMULA dengan jayanya..
Mulamula takut sangat..takut tak dilayan, takut takde kerjasama..cam-cam lah 'takut' yg ade..
Abg Wan banyak membantu..thanks a lots!!


~wajah-wajah ceria..almaklumlah, semua maklumat yang diinginkan dapat diberikan oleh Abg Wan (^_^)

~seisi temubual dengan Abg.Wan (kemeja putih) : time nie, kami dibawa melihat bilik2 di Hotel nie..

.::. Actually, kami kene buat assignment berkaitan dengan media. Media yang digunakan oleh Hotel dalam mempromosikan Hotel mereka. Prof Che Mat yang syorkan hotel nie..Harap-harap dapat A+++++++++ non-stop..hehehe..

akTiviTi gerai konvo 2008

Bermula dengan projek gerai konvo pada 13 0gos dan berakhir pada 17 0gos 2008..
Fuh, amat memenatkan dan teramat penat...
Alhamdulillah..aku dan semua ahli-ahli PERMATA berjaya menghadapi semua rintangan dan dugaan dengan jayanya(^_^)
Banyak sangat dugaan!!



~Antara kenangan2 indah..


~Banner yang 'unik'..

~Nie lah gerai kami (^_^)

~aku, mereka dan apr0n..


~Antara menu utama : popia, keropok lekor dan cendawan celup tepung

~ulam bagi Laksam Sri Permata

.::. Walaupun banyak dugaan time handle gerai konvo nie, aku berpuas hati sangat-sangat..sebab dapat kenal ramai orang!!(ye ke...huhuhuhu..)

Friday, August 8, 2008

bZ..bZ..gerai K0nv0

Fuh,lame betul tak update..huhuhu..
Sangat bZ sebenarnya(*_*)
Sidang nie, aku pegang Ketua Exco Keusahawan Persatuan Permata(Anak-anak negeri)
So, biro kami yang akan handle projek gerai konvo...(aku kene jadik pgarah projek..(T_T))
Menakutkan!!
Sebabnya, projek nie dikire projek yang agak besar dan bermasalah..hehehe..
Yelah..melibatkan keuntungan dan kerugian....
Hari-hari meting gerai konVo untuk memastikan takde sebarang masalah..
Masalahnya, time konvokesyen tue...cuti midsem katni!!
So...ramailah student yang balik..huhuhu..
Can u imagine that???
kami kekurangan tenaga kerja(T_T)
Alhamdulillah..setakat nie, takde sebarang masalah dan aku amat berharap projek aku berjalan dengan lancar dan dapat lah untung sikit2...(^_^)
.::.Terima kasih pada exco2 usahawan (Pozi-Sharul-Sema-As), barisan MT (Zulhairy-Bob-Fara-Liza-Mimi-Naa) dan paling dekat besprend (Yana-Jaa-Tikah-Anie), pembantu exco(sume p.e yang baru dilantik semalam) atas sokongan anda!!

~Actually, aku dah nangis 2x sebab projek nie..hehehehe..menguji ketahanan fizikal dan mental betul lah!!

Monday, August 4, 2008

menghargai dan dihargai..salah ke?

Salahkah aku nak menghargai seseorang??
salah kah?
Bukankah kita digalakkan menghargai orang di sekeliling kite?
Aku cuma nak menghargai insan-insan yang berpenat lelah untuk projek aku..
Salahkah??
Salahkah??
~i feel so sad + bad...sebab xdapat perjuangkan 'reward' untuk insan-insan yang bertungkus lumus untuk projek aku (T_T)

Sunday, August 3, 2008

.::.Tips untuk daya ingatan.::.

PERKARA-PERKARA YANG JANGAN & PERLU DILAKUKAN ::
.::.Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda.::.
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........

~selamat beramal.....
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

~Thanks 2 Cik Laili Nazihah atas info yg cukup bermakne(^_^)

Saturday, August 2, 2008

sCary moment..

Foyer Farmasi :10.oo pm - Seorang demi seorang pelajar USM, kelahiran anak negeri Terengganu di 'interview' oleh barisan kepimpinan PERMATA untuk jawatan pembantu exco Permata. Zuhairy, Syamimi, Liza dan Farah sibuk mengutarakan soalan demi soalan kepada pelajar baru yang hadir. Aku?? mula sibuk mengira perbelanjaan bahan mentah yang akan dijual pada projek gerai konvo akan datang manakala Liyana berborak dengan Faizan dan Nadhirah sibuk membaca kerana esoknye die ade ujian lesen memandu(^_^).
Akhirnya, dalam jam 1 lebih barulah sesi interview habes.Pastu, kami pon meting sekejap berkenaan dengan projek masing2..
Tiba-tiba....hemmmm..hemmmmm..hemmmmm...(bunyi cam handset vibrate)

Aku pon selambe bersuara : handset sape yang bunyi tue??

Mimi pon pusing ke belakang dan amik hendset die..Tetibe semua terdiam dan 'bunyi' tue makin kuat..Masing-masing bagi isyarat mata. Aku terkesima..bukan bunyi handset la!!

Seterusnya, kami bergegas bangun, berjalan agak laju dan berlari ketakutan(sume dah rasa seriau!!)
Sampai kat Kafe Aman, barulah Zuhairy, Mimi, Nadhirah dan Liyana bersuara yang mereka dah lame dengar bunyi tue cuma buat tak tau je!!(mula-mula slow je..)
Lepas aku tegur tue barulah nak cabut....
Terfikir...bunyi ape ek??
.::.watever lah...yang penting pas ni aku xmo meting kat situ lagik!!.::.