Saturday, September 20, 2008

careLess Lagik!!

careless lagik...whew...
Penyakit aku yang sukar diubati...
aku dah tak tau nak buat camne lagik..(T_T)
Amat sukar menyingkirkan 'virus careless' nie dalam diri aku(T_T)
Semalam time nak beli makanan sahur(nasik lemak....) kat kafe Aman..
aku boleh tertinggal handset aku kat meja Mama (tauke nasik lemak)

Alahai......
Pastu, mula lah gabra bile sedar aku tak pegang handset(*_*)
Terus suruh Anie miskol...
Takde makne nye miskol-miskol...
Sebabnye, aku 'silent' kan handset aku..
Kelam kabut, carik kat meja-meja yang aku singgah sebelum balik tue..
Sume takde(T_T)
Lastly, aku carik kat tempat jual air..
Mama dengar aku kecoh-kecoh tanye Pakcik yang jual air..
Mama siap sound lagik : 'nasib baik Mama jumpe..kalu orang lain??'
Aku tersenyum manis..hehehehehe...
Thanks Mama....
Tapi rasenye, takde yang berkenan lah kat handset aku nie..hehe..

Actually, nie kali ke-3 aku tertinggal handset..

Kali pertama : aku berlari-lari ke kelas. Time tue ade kelas malam(paper Dr.Ong)
Tetibe aku dengar bunyi bende jatuh..Aku pon berhenti dan check. Rupe-rupenye handset yang jatuh. 2 handset plak tue ( Rumate tertinggal handset dan suruh aku tolong bawak bagi kat die)
carik punyer carik, handset rumate jatuh dalam longkang. Handset aku ade orang terjumpe dan orang tersebut kontek kawan aku suruh ambik pada die..( Setiap kali melintasi longkang tersebut, misti teringat kenangan nie...huhuhu..Thanks to Abg. Fajar Harapan yang tolong carik handset dalam longkang. Yang mengharukan, dorang langsung tak bagi aku dan Yana masukkan tangan kitorang dalam longkang tue.(gentleman tol..hehehe)

Kali kedua : tertinggal kat ruang TV. Ade akak yang jumpe dan akak tue dapat detect aku lah pemilik handset tersebut kerana screen saver handset tue adalah pic 'penyu'..hehehe..


.::. semoga aku tak 'careless' lagik.. .::.

Friday, September 19, 2008

will u marry me??


Hari ni, nak post pasal nie..
kenape nie?? Dah ade orang melamar aku ke??hehehe...
Sebenarnya, saje-saje je..(^_^)
Topik nie, tengah hangat dibincangkan oleh kawan kami..
Dalam bilik pon, duk cakap pasal ni..abang rumate aku pon dah nak kawin..
Kakak aku pon, dah pikir pasal nie...
Aku?????Rase diri kecik lagik nak pikir mende ni..hehehe..(umur dah tua tapi xmatured..huhu)
Sejak 2 hari nie, aku asyik terpikir camne lah kehidupan aku dan siblings selepas kakak aku kawin..
Tak tercapai akalku..hehehe..
TAPI YANG PASTI...
  1. Dah tak leh tido sama2 lagik...
  2. Dah tak leh lepak2 sambil tengok cd sampai pagi lagik..
  3. Dah tak leh main games sama2 lagik...
  4. Dah takleh nak gossip + ngumpat (hehehe...luahan perasaan sebenarnye...)
  5. Dah tak leh macam-macam lagik lah....(T_T)

Kawan-kawan aku dah berkali-kali pesan kat aku...' Along pon ade hidup senirik..' (thanks 2 all of u....)

Aku pon cube positifkan diri..hehehe..

Kelakar betul la..aku cam budak kecik je..Camne aku tak sedih??Umur kami just 'gap' 2 tahun aje..So, banyak perkara kami kongsi bersama, lalui bersama. Terlalu banyak!! Along aku jugak lah insan yang selalu bersama aku time aku susah ke, senang ke, hepi ke, sedih ke..

Kawan aku pernah jeles dengan aku. Die pernah sound kat aku. : 'along macam pakwe die'

Hahahaha..sebabnye, semua bende aku cerite kat along aku..Kami sentiase berhubung even jauh.(Along aku studi kat Melaka). Dalam adik beradik, along paling rapat dengan aku...Along aku kenal semua kawan aku. .

Hemm..cepatnye mase berlalu...cepatnye along aku besar..hehehe..cepatnye Prince Kyle nak amik along aku..(T_T)..Tapi takpe lah..nati kalu along kawin..aku dapat baby!!hehehe..

.::. Semoga along aku sentiase hepi n bahagia... .::.

Wednesday, September 17, 2008

17 Ramadhan

Alhamdulillah...bersyukur sangat1oox...
Cincin yang tertinggal dalam toilet tue dah dikembalikan(^_^)
Begini ceritanye...

Pagi : Pintu bilik diketuk dengan kuat..
Time tue, aku dan rumate masih tidor lagi..hehehe(tido pas subuh dah jadik rutin...teruk tol..)
Dalam kepayahan, aku tetap bangun dan membuka pintu.
Sebaik sahaja pintu dibukak, seorang wanita India yang memakai baju t-shirt kaler orange tersenyum seraya menghulurkan sebentuk cincin kepada ku..
Aku tersenyum lalu mengucapkan terima kasih..Pastu terus pakai cincin tue dan mula menaip message (sms) kepada my lovely sista!!( nak 'sms' Ummi xcukup kedit)
Lepas tue, terus sambung tidozzZZZzzzzzz....

Alhamdulillah..

Actually hari nie adalah birthday my youngest sister -farah
~HAPPY BIRTHDAY FARAH~


** semoga success duniakhirat, dipanjangkan umur, dimurahkan reZki dan chayok3x PMR(^_~)

Sunday, September 14, 2008

gigi oh gigi...

Aku punye blog adalah untuk kenangan di hari tua(^_~)
so..aku nak cerita kan sume bende yang terjadik pada aku pada mase sekarang..
kirenye aku 'di mase akan datang' akan ingat kenangan2 nie...huhu..
Sekarang nie, aku sedang diserang...............




SAKIT GIGI sebabnye GIGI BONGSU aku baru nak tumbuh!!!

Nie adalah struktur gigi manusia...Gigi bongsu nie, gigi paling last tumbuh dan kedudukannye adalah paling ujung..(dah name 'bongsu'..huhuhu). Dengan tertumbuhnye gigi bongsu nie, kite dah cukup umur..



So, untuk siape2 yang slalu sakit gigi tue boleh lah amalkan doa ni..

Motif : Nak share doa sakit gigi je..hehehe..

Sakit gigi adalah sakit yang fizikalnye okey tapi urat saraf tak okey..huhuhu..

**kepada sesiape yang belum tumbuh gigi bongsu lagik..aku nak ucapkan 'selamat merasai penangan gigi bongsu'...Semoga tabah menghadapinye(^_~)

Thanks 2 Anie cause tolong belikan aku makanan, Nurul atas pinaldo untuk hilangkan kesakitan dan Jie (rumate) yang nak ajak aku g klinik(tak g pon = T.A.K.U.T )....

Thanks coz concern bout me..

Wednesday, September 10, 2008

1o ramadhan : kehiLangan :

10 Ramadhan 1425 : Aku kehilangan Tokki tersayang(T_T)
Arwah menghembuskan nafas terakhir didepan kami sekeluarga...
Time tue, jam 8 lebih hari jumaat...
i Love him so much.....(T_T)
semoga arwah tenang di sana...

10 Ramadhan 1428 : Aku kehilangan cincin kesayangan!!
Cincin tue cincin umi(T_T)
Kejenye menangis saje sambil tawaf toilet..hehehe..
Memang aku tertinggal kat toilet..
Notis kehilangan cincin tersebut telah ditampal di pintu tandas..
Tapi....sampai sekarang takde orang datang bagi pon(T_T)

'Kehilangan seseorang@sesuatu yang kite sayang amat menyakitkan. Tambahan pula, seseorang@sesuatu itu sukar di cari ganti..'
'Hargailah kehadirannye kerana kehadirannye sekali seumur hidup'

Kepada sesiape yang terbace entry nie..
Sama-sama sedekahkan Alfatihah kepada arwah dan doakan juga agar cincin ku dikembalikan..

.::. i just want to cry, cry and cry (T_T) .::.

Monday, September 8, 2008

tiKet bus..tikeT bus..

Hari nie..aku dikejutkan dengan berita yang mengejutkan!!
Tiket bus dah naik!!
Actually, aku balik dengan bus under Persatuan Anak-Anak Negeri..
Tiket tue harga RM95.00 (sebelum Pak Lah umumkan tambang bus naik 30%)
Sekarang harga tiket dah bertambah mahal...
Kenapa jadik begini?
Takde student's price ke?hehehehe..
Aku rase terbeban pulak dengan kenaikan harga tambang bus nie..
0h government...kami nie student lagik...
Bukan bekerja..
Aduh................(T_T)

Saturday, September 6, 2008

6 Ramadhan

Pejam, celik, pejam, celik....dah hari ke-6 Umat Islam menjalani ibadah puasa(^_^)
sekejap aje masa berlalu...
Nati tau-tau dah nak raya dah..(^_~)
Xde pape yang menarik nak post hari nie..
Cuaca di Penang tidak menentu..
kadang hujan seharian, kadang panas..
Tapi sekarang nie..asyik hujan dari pagi sampai malam...
Nak basuh baju pon susah, nak keluar pon susah..
Jawabnya terperap kat dalam bilik je la...
Sekarang nie, aku kat kafe damai...sensorang je(^_~)
Lepas discuss assignment, terus kwan2 lain balik bilik.....
Hujan lebat...takleh balik bilik..xbawak payung..huhuhu..
Sementara tunggu hujan berenti, aku bace Utusan Online...


Tertarik pada berita nie....


TORONTO 2 Sept. - Thomas Bata, anak kelahiran Czechoslovakia yang mengangkat nama keluarganya dalam industri kasut dari tahun 1940-1980-an sehingga menjadikan Bata jenama yang begitu terkenal di dunia, meninggal dunia hari ini, dalam usia 93 tahun.
Badan Penyiaran Kanada (CBC) melaporkan Bata pengusaha dan pemilik persendirian syarikat itu datang ke Kanada bagi meneruskan perniagaan kasut milik keluarganya pada tahun 1940.
Sepuluh tahun kemudian ibu pejabat syarikat itu berpindah ke Toronto di bawah kepimpinan Bata apabila kilang kasut milik keluarganya di Czech diambil alih oleh pihak komunis.
Syarikat itu dikembalikan semula kepada keluarga Bata apabila berakhirnya era pemerintahan komunis di Czech pada tahun 1989.
Thomas G.Bata yang merupakan cucu kepada pengasas syarikat ini kemudiannya menjadi Pengerusi syarikat pada tahun 2001.
Dalam Siri CBC pada tahun 2001 disebutkan mengenai syarikat Bata telah menjual hampir 14 bilion kasut, iaitu satu jumlah yang melebihi sepasang kaki manusia yang berjalan di muka bumi ini.
Kini di Toronto terdapat Muzium Kasut Bata, yang mempunyai koleksi lebih daripada 10,000 kasut.


**Terase sedih jugak lah(T_T) sebabnye...aku dan siblings memang pakai kasut brand Bata time skolah dulu..Abah aku amat yakin dan mempercayai brand nie..(^_^)
Well, thanks a lots BATA....

Thursday, September 4, 2008

Universiti Apex....

PUTRAJAYA 3 Sept. - Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih sebagai universiti Apex pertama selepas mengetepikan tiga lagi universiti yang turut disenarai pendek iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, pemilihan itu bermakna USM kini memikul peranan penting untuk menjadi universiti terbaik dunia dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
''USM dipilih sebagai universiti Apex selepas ia diberi penilaian yang lebih tinggi dalam tiga aspek iaitu keadaan semasa, kesediaan untuk berubah dan penyediaan pelan transformasi," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.
Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada institusi pengajian tinggi tempatan untuk menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi.
Di bawah program itu, USM disasarkan untuk disenarai dalam ranking 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh lima tahun dan ranking 50 terbaik menjelang 2020.
Ditanya mengapa universiti tertua iaitu UM tidak dipilih, Khaled berkata, sejarah bukan faktor yang diberi penilaian dalam pemilihan universiti Apex.
''Ia bukan tentang mana universiti yang lebih awal ditubuhkan, ia adalah mengenai universiti mana yang boleh mencapai transformasi pengajian tinggi ke arah bertaraf dunia," katanya.
Beliau berkata, pemilihan USM sebagai universiti Apex akan merangsang universiti-universiti lain untuk meneruskan usaha ke arah kecemerlangan di peringkat dunia.
''Ini tidak bermakna selepas USM dipilih sebagai universiti Apex, universiti lain akan ditinggalkan.
''Kita bukan nak letakkan ranking antara universiti ini, ketiga-tiga universiti penyelidikan yang lain juga mempunyai kekuatan sendiri," katanya.
Mengenai autonomi urus tadbir dan peruntukan yang akan diberikan kepada USM, Khaled berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dengan pihak universiti.
''Soal urus tadbir dan kewangan serta pelan pelaksanaan program Apex akan dibincangkan. Kita akan panggil mereka untuk mewujudkan pelan implementasinya.
''Universiti Apex akan kemukakan cadangan bajet untuk tempoh lima tahun dalam pelan transformasinya. Kita akan pertimbangkan cadangan itu setiap kali bajet negara dibentangkan," katanya.
Ditanya sama ada lebih banyak universiti akan dipilih untuk menyertai program Apex, Khaled berkata, perkara itu akan ditentukan melalui prestasi USM.
''Jika USM bergerak cepat, mungkin kita akan pertimbangkan untuk mewujudkan lebih banyak universiti Apex," katanya.

**Copy paste dalam Utusan je ni..hehehe..

~tahniah USM...

Monday, September 1, 2008

BeriTa sedih(T_T)

Amat menyedihkan.......
Seorang wanita yang baru sahaja disahkan mengandung dan kemudian disahkan keguguran!!
Dalam masa yang agak singkat....
Paling menyedihkan lagi..wanita itu mengandungkan anak sulong.(^_^)
Banyak persiapan telah dilakukan bagi menyambut kelahiran baby tersebut. Poster-poster baby cute telah ditampal di dinding bilik. Alas meja yang bercorak 'baby'..
Hem...
aku pon nak nangis mendengar berita tersebut dan amat bimbangkannya.
Petang tadi baru sahaja menziarahi Angah. Die tersenyum melihat aku yang masuk dan berjalan menuju ke arahnye.
Sebaik sahaja aku duduk disisinye, terus Angah menceritakan detik-detik mencemaskannye..

~Aku doakan agar Angah cepat sembuh dan dapat baby dengan cepatnye...