Thursday, March 20, 2008

Salam Maulidur Rasul

hari nie..12 Rabiul Awal tahun Hijrah iaitu Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W


sambutan Maulidur Rasul ade dibuat di Masjid USM..

tapi tak tau jam berapa..semalam dah cari poster pasal sambutan nie..

tapi tak jumpe pon..

sejak masuk U nie..tak penah lagi aku join..sebab????

  • kekurangan publisiti mengenai sambutan nie(T_T)

melainkan zaman sekolah dulu..kami akan berjalan kaki sambil berselawat menuju ke Masjid berdekatan..^_^

hari nie jugak..burfday Dr.Sundramoorthy!!aku dah send email tadi^_^

**************************************DAN*******************************************

Semalam 2 orang kawan lama menghubungi aku..kawan PLKN dan kawan sek.rendah..

salah seorangnye sedang mengalami masalah 'putus cinta'..

spesel girlfriend nye dah berubah hati..sedih betul dengar luahannya(T_T)

semoga aku dijauhkan daripada keadaan begitu..

  • 'Love Is Crazy Thing'
  • 'Cinta Ilahi kekal abadi'

*Doa untuk semua sahabat-sahabatku^_^

Ya Allah panjangkanlah umur sahabatku,

Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,

Terangi hatinya dengan nur pancaran iman,

Tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,

Jauhkanlah hatinya pada kejahatan,

Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat,

Ya Muhaimin jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu..

Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu,

Jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu,

Ya Allah, Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalanMu ,

Jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu..

Ya Allah kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..
*aminnnn..^_ ^

No comments: