Sunday, March 23, 2008

saudara dari Acheh^_^

Pagi tadi bangun terus pegi Tasik..
nak jumpa dengan satu keluarga dari Acheh..(umi dan abi dan kak dora)



*Ummi dan Abi serta cucu mereka..Israqi, 3 tahun,anak Kak Dora

*keluarga Abi dan Ummi...Kak Dora bertudung putih

*sentiase tersenyum..Ummi dan Abi



Actually,kami kenal family Abi nie time joging time aritu..
tak sangka lak ada perjumpaan kedua^_^
esok Abi dan Ummi nak balik Aceh..
time joging aritu, jus borak2x sahaja..
mereka banyak menceritakan peristiwa Tsunami yg berlaku kat Acheh..
Tsunami yg memusnahkan 1 Banda Acheh..
time mendengar cerita mereka...
aku menjadi sangat takut dan asyik terfikirkan perkara tue..
Antara yang diceritakan oleh mereka..
  1. Perempuan yang memakai tudung tetapi tidak menutupi dada, mati dalam keadaan yang mengaibkan..(dalam keadaan baju terselak..tanpa pakaian..)

  2. Perempuan yang betul-betul menjaga aurat..meninggal dalam keadaan baik(masih bertudung dan bertelekung, berpakaian penuh langsung tidak terselak,posisi mayat dalam keadaan meniarap)

  3. Ombak yang mengganas amat panas dan hitam warnanya..

  4. Yang terselamat adalah yang benar2 menjaga kepentingan agama..(Chinese yang terselamat telah memeluk Islam setelah terselamat berada dalam masjid)

Ummi dan Abi terselamat..mereka sempat berpaut pada pokok..Kak Dora pula ketika itu berada amat jauh dari kawasan pantai...Tsunami telah memusnahkan Banda Acheh,oleh sebab tue..kerajaan Acheh menghantar ramai anak muda belajar ke luar termasuklah di Mesia..(Kak dora dan suami penuntut di USM) untuk membangunkan kembali Banda Acheh..

Di akhir perbualan kami..Abi bersuara..'harap-harap bisa jadi saudara'...tersenyum kami!!'insya'Allah'..

Aku ada seorang sahabat dari Acheh..namanya Dita(bakal arkitek).Dita amat menjaga auratnya..basuh baju bertudung, menggosok baju bertudung,gosok gigi bertudung...melihat Dita aku menjadi insaf..wanita Islam perlu menuntup aurat dengan lelaki dan juga dengan wanita bukan Islam...

tapi aku????

Doa untuk diri sendiri....


Ya ALLAH..
Tuhan yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib,
Jika Engkau Mengetahui bahawa pilihan ini baik bagiku, buat agamaku,
penghidupanku dan hari kemudianku,
Maka berikanlah dia kepadaku dan mudahkanlah dia bagiku,
Kemudian berkatilah dia kepadaku...
Amin Ya Rabbi Alamin..

No comments: