Saturday, August 2, 2008

sCary moment..

Foyer Farmasi :10.oo pm - Seorang demi seorang pelajar USM, kelahiran anak negeri Terengganu di 'interview' oleh barisan kepimpinan PERMATA untuk jawatan pembantu exco Permata. Zuhairy, Syamimi, Liza dan Farah sibuk mengutarakan soalan demi soalan kepada pelajar baru yang hadir. Aku?? mula sibuk mengira perbelanjaan bahan mentah yang akan dijual pada projek gerai konvo akan datang manakala Liyana berborak dengan Faizan dan Nadhirah sibuk membaca kerana esoknye die ade ujian lesen memandu(^_^).
Akhirnya, dalam jam 1 lebih barulah sesi interview habes.Pastu, kami pon meting sekejap berkenaan dengan projek masing2..
Tiba-tiba....hemmmm..hemmmmm..hemmmmm...(bunyi cam handset vibrate)

Aku pon selambe bersuara : handset sape yang bunyi tue??

Mimi pon pusing ke belakang dan amik hendset die..Tetibe semua terdiam dan 'bunyi' tue makin kuat..Masing-masing bagi isyarat mata. Aku terkesima..bukan bunyi handset la!!

Seterusnya, kami bergegas bangun, berjalan agak laju dan berlari ketakutan(sume dah rasa seriau!!)
Sampai kat Kafe Aman, barulah Zuhairy, Mimi, Nadhirah dan Liyana bersuara yang mereka dah lame dengar bunyi tue cuma buat tak tau je!!(mula-mula slow je..)
Lepas aku tegur tue barulah nak cabut....
Terfikir...bunyi ape ek??
.::.watever lah...yang penting pas ni aku xmo meting kat situ lagik!!.::.

No comments: