Saturday, October 25, 2008

Macam-macam la..

Salam Syawal (^_*)
Lame betol tak update blog nie..
Bz sensangat ++++ line intenet ntah pape ntah..
Dalam tempoh tak update nie..Macam-macamlah berlaku

  • Malam Exspo Dan Anugerah Penyelidikan

Pada malam itu, semua pelajar dianugerahkan 'award' untuk penyelidikan pasal CSR. Penilaian dibuat berdasarkan poster dan juga assignment. Dan group aku dapat award 'silver'..Alhamdulillah..



  • Trip ke Sungai Sedim Dan Mengkuang Titi

Semua pelajar yang mengambil paper 'pelancongan, persekitaran dan pembangunan komuniti' diwajibkan join trip nie. Bermalam di Sungai Sedim selama 2 malam dan setengah hari di Homestay Mengkuang Titi.





kat Sg.Sedim ni, banyak aktiviti menarik. Paling best 'water rafting'. Aku tak pernah cuba sebelum nie. Memang best la..
'Explorace' pulak memenatkan..Yelah,berlari sana sini sebab nak menang(^_^) Paling mendebarkan terpakse masuk tempat saluran air sungai. Fuh,sejuk!! Terpakse bermandi lumpur..



'Abseiling' pulak paling santai.hehe..Cerun bukit tue tanahnya tak rata..Fuh,bahaya betol lah!!
'Nite walk' pulak berdebar dengan ancaman pacat yang menggelikan!!Eeeeeeee...suke-suke je nak sedut darah orang!!
Naik 'The Tree Top Walk' dapat tengok pokok petai..hehe..
Actually, aku dah pergi Sungai Sedim nie mase first year aritu. Jadi dah tak teruja lah naik 'The Tree Top Walk' nie..


Malam last, malam beramah mesra. Lepas ber 'barbecue' sosej dan ayam, kami bermain games. Siapa salah buat, kene conteng tepung kat muka. Agak malang sekali sebab aku jadik first person yang kene conteng tepung kat muka..hehehee..



Pagi 19 oktober, selepas bersarapan bihun goreng, kami bertolak pergi ke Homestay Mengkuang Titi Kat Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Sampai je kat kampung tue, kami dibawa ke ladang getah. Belajar menoreh..hehe..Selepas tue, tengok pembuaan batik. Agak malang kerana pelukis batik takde(T_T)
So, kitorang pon dibawa ke dewan utama kampung tersebut. Kami disambut dengan alunan muzik cam sambutan pengantin tue..Kemudian tengok dua pahlawan Mengkuang Titi bersilat..



Melawat kilang bahulu dan last sekali melihat rumah yang telah dipilih untuk dijadikan 'homestay'..

Rumah Tokwan memang tradisional lah..Tengok rumah Tokwan teringat rumah Toksedare kat Kuala Berang tue..(Tehsam...miz u!!hehe..)

Selepas tue, BALIK USM!!
Terus kepala teringat semua assignment yang belum siap, Presentation dan tugasan trip nie. Trip nie bukan suke-suke tau..kene siapkan 3 tugasan!!
Aloha....virus 'tension' kembali menyerang......Auucchh..

No comments: