Saturday, September 6, 2008

6 Ramadhan

Pejam, celik, pejam, celik....dah hari ke-6 Umat Islam menjalani ibadah puasa(^_^)
sekejap aje masa berlalu...
Nati tau-tau dah nak raya dah..(^_~)
Xde pape yang menarik nak post hari nie..
Cuaca di Penang tidak menentu..
kadang hujan seharian, kadang panas..
Tapi sekarang nie..asyik hujan dari pagi sampai malam...
Nak basuh baju pon susah, nak keluar pon susah..
Jawabnya terperap kat dalam bilik je la...
Sekarang nie, aku kat kafe damai...sensorang je(^_~)
Lepas discuss assignment, terus kwan2 lain balik bilik.....
Hujan lebat...takleh balik bilik..xbawak payung..huhuhu..
Sementara tunggu hujan berenti, aku bace Utusan Online...


Tertarik pada berita nie....


TORONTO 2 Sept. - Thomas Bata, anak kelahiran Czechoslovakia yang mengangkat nama keluarganya dalam industri kasut dari tahun 1940-1980-an sehingga menjadikan Bata jenama yang begitu terkenal di dunia, meninggal dunia hari ini, dalam usia 93 tahun.
Badan Penyiaran Kanada (CBC) melaporkan Bata pengusaha dan pemilik persendirian syarikat itu datang ke Kanada bagi meneruskan perniagaan kasut milik keluarganya pada tahun 1940.
Sepuluh tahun kemudian ibu pejabat syarikat itu berpindah ke Toronto di bawah kepimpinan Bata apabila kilang kasut milik keluarganya di Czech diambil alih oleh pihak komunis.
Syarikat itu dikembalikan semula kepada keluarga Bata apabila berakhirnya era pemerintahan komunis di Czech pada tahun 1989.
Thomas G.Bata yang merupakan cucu kepada pengasas syarikat ini kemudiannya menjadi Pengerusi syarikat pada tahun 2001.
Dalam Siri CBC pada tahun 2001 disebutkan mengenai syarikat Bata telah menjual hampir 14 bilion kasut, iaitu satu jumlah yang melebihi sepasang kaki manusia yang berjalan di muka bumi ini.
Kini di Toronto terdapat Muzium Kasut Bata, yang mempunyai koleksi lebih daripada 10,000 kasut.


**Terase sedih jugak lah(T_T) sebabnye...aku dan siblings memang pakai kasut brand Bata time skolah dulu..Abah aku amat yakin dan mempercayai brand nie..(^_^)
Well, thanks a lots BATA....

No comments: