Tuesday, October 7, 2008

Aku tension ker???

Aku tension ker??
Persoalan pertama yang bermain dalam fikiran aku ketika aku berada di hadapan Dr.NorLela..
Tepat jam 2.oo petang tadi, aku bergegas ke Pusat Kesihatan..
Sebab kesakitan yang aku alami makin teruk...
Aku sakit di bahagian dada di sebelah kiri, bahu dan juga leher..(dah 3 hari berturut-turut)
Kadang-kadang sukar untuk bernafas...

Beberapa patah perkataan yang keluar dari bibir Dr.NorLela cukup melegakan aku..
Sebab???
Aku dah terfikir yang bukan-bukan..hehehe..(terfikir tersakit sakit jantung ke..huhuhu..)
Rupenye aku hanya tension dan effect dari gastrik juga..
Alhamdulillah ^_^ ( mintak jauh dari ape yang aku dah terbabas fikir tadi..)

Dr.NorLela juga menyarankan aku lebih giat menambah berat badan serta bersenam selalu (pergi gym)
Aku juga diberi pil vitamin (tambah selera makan)..
So, aku kene lah berkerja keras menambah berat badan..(^_*)

Pesanan Dr.NorLela : Makan banyak dan tak bersenam, perut akan buncit. So, kene seimbangkan pemakanan dan senaman barulah berat badan bertambah dengan cantik..

Dr.NorLela jugak ada bagitau yang aku tak mungkin ada masalah jantung sebab perempuan mempunyai 'agen' yang melindungi jantung. Agen tersebut adalah 'period'. Jadi, 'period' telah membantu perempuan melindungi jantung daripada sebarang masalah..Untung jugak 'period' nie..hehehe..Sebab tue lah, perempuan yang dah 'menopause' kene makan ubat bagi mencegah sakit jantung sama macam Lelaki..

Berbalik kepada persoalan aku tadi..'Aku tension??'
Actually, nie adalah kali kedua aku sakit camni..Kali pertama sebelum raye, Time tue kene submit assignment yang kene buat poster tue..
Dan sekarang sakit nie datang balik..
Jumaat nie kene submit 2 assignment serentak(#_#)
Agak-agaknya aku tengah tension sekarang kot..hehehe..

.::. JAGALAH JANTUNG ANDA DENGAN BAIK .::.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali

  • Makan secara teratur dan seimbang

  • Kekalkan berat badan unggul

  • Tidak merokok

  • Menangani tekanan perasaan

  • Mengawal tekanan darah

  • Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah

  • Mengawasi paras kolesterol

  • Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

  • Mengutamakan kesihatan jantung anda pada setiap masa
~Semoga jantung kite sentiasa sihat walafiat..amin...~

No comments: