Tuesday, October 14, 2008

f0od pois0ning???

Petang Ahad aritu, aku makan kat kafe. Pastu, malam tue lepas maghrib perut aku mula sakit dan mula ulang-alik gi toilet. Aku msg Ani nak mitak pinaldo tapi kebetulan die keluar makan time tue.Then, msg Yana. Yana takde tapi Jaa ade pinaldo. Tak lama kemudian Anie pon sampai dengan pinaldonya dan Yana dan Jaa pon datang jugak.(^_^)

Lepas je makan pinaldo tue, keadaan aku tak jugak okey. Makin kerap ke tandas dan mula muntah-muntah. Akhirnya pukul 12 pagi tue, aku tak larat nak ulang alik dah dan aku nak pegi klinik.(Dorang dah ajak dari tadi lagik tapi aku bertegas tak mahu pegi...)

Kami pon pegi dengan kereta rumate Yana iaitu Kak Nurul dan Abg.Mie(kawan kak Nurul)
Sampai kat klinik Aman tue, aku bergegas ke toilet..hehehe..suke benar aku masuk toilet ye..
Then, jupe doktor dan doktor cakap kemungkinan aku keracunan makanan ++ gastrik..
Pastu terus balik USM dan Yana ajak tido bilik die. Aku pon rase tak larat jugak nak panjat tangga balik bilik aku..hehe..
Terkejut aje dari tido pagi tue, aku terus berlari ke toilet lagik. Ingatkan dah okey pas makan ubat tue..

Sampai lah tengah hari, badan aku panas sangat..(doranglah cakap..aku rase biase aje..)
Then, Ani dan Yana buat keputusan nak hantar aku kat Pusat kesihatan.
Pukul 1.30 pm aku pergi ke Pusat Kesihatan dengan kereta Pakcik Ismail selepas gagal contact Pusat Kesihatan.
Kemudian aku di suntik dan ditahan selama 2 jam lebih..
Terkejut aje dari tido, perut aku sakit sangat dan Doktor Nina datang dan suruh nurse bawak biskut dan air milo. Aku sakit sebab gastrik pulak. Ye lah, tak makan pape pon dari pagi tue.
Dalam pukul 4.oo pm tue, aku mintak nak balik sebab rase dah okey..
Doktor Nina benarkan aku balik...aku diberi 7 jenis ubat!! Ya Allah..sabar je la..

Balik tue, terus g MC D..hehe..terase nak makan bubur Mc D pulak..hehehe..

Sekarang perut aku rase tak okey lagik. Still rase pedih-pedih.. Kene berpantanglah nie..tak boleh makan pedas-pedas nie..

~Thanks to Ani dan Yana..Yang banyak jaga aku..Jaa dan Tikah serta Dila yang teman dan melawat aku time kene tahan tue..Kak Nurul dan Abg.Mie yang hantar gi klinik pagi-pagi tue, Pakcik Ismail, Doktor Nina serta nurse-nurse pusat kesihatan..thanks a lots~

No comments: